Selasa, 18 Februari 2014

hidup baru bermula 2014

Assalammualaikum

" Hidup Hanya Sementara "

Sekarang dah masuk tahun 2014 , genap umurku 24 tahun dalam bulan ogos..makin meningkat umur macam-macam aku fikir...masa akan datang..ia menakutkan aku..dengan hidupku yang semakin mencabar , penuh onak dan duri aku hadapi pada tahun-tahun lalu...kini aku rasakan aku seperti orang baru , aku mencapai kebahagiaan baru...


Tahun sebelum-sebelum ini , aku selalu rasa aku ni tak layak berasa bahagia , sesekali pun..never ! why ? sebab selalu gagal dalam sesuatu perhubungan..ya ! ia sangat menyakitkan hati , tapi apa boleh buat , setiap apa yang berlaku itu ada hikmah...kenkwn aku sentiasa cakap " sabar yana sabar "..ya ! itu adalah prinsipku..sabar , sabar yang membawa kemenangan yang sepatutnya...aku sebenarnya rasa cukup dengan apa yang Tuhan Maha Adil beri padaku...contohnya keluarga yang baik-baik , yang sentiasa mengingatkan aku pada ALLAH..mereka adalah yang terbaik untukku...kawan ? kadang kala aku seperti tidak lagi mengenal erti kawan...sebab sesetengahnya aku rasa aku ni bukan seperti kawan mereka...mereka kadang kala pentingkan diri tapi tidak semua , cuma aku mampu doakan yang terbaik untuk mereka dan sentiasa berfikiran positif...

Tahun sebelum-sebelum ini juga , banyak benda yang aku pelajari dalam kehidupan , tentang siapa diri ku sendiri , tentang hitam putih kehidupan..semua itu memang mematangkan diriku...aku kadang terasa aku seperti berubah..cuma aku berdoa aku berubah kerana ALLAH bukan kerana orang lain...some people says " life must go on "...you know what , that word are true...kalau kita terasa kita ni jatuh kerana manusia , lupakan , jadi bangkit ! bangkit untuk teruskan sisa-sisa kehidupan yang kita ada lagi di dunia ini..hidup hanya sekali..itu yang selalu orang katakan...makin lama aku hidup makin aku cuba belajar untuk menerima pandangan orang lain , biar baik atau buruk...dunia makin maju dan semestinya makin banyak persaingan..YA ALLAH , jauhilah semua perkara yang merosakkanku dan umatMu Ya ALLAH...

Kini , aku cuma ucap syukur , aku betul-betul merasa bahagia , bahagia dengan nikmat yang Tuhan beri pada ku...dengan insan yang betul-betul yang sayangkan aku..ya , mungkin Tuhan itu memberi takdir dengan penderitaan dulu untuk kita belajar tentang kematangan untuk membuat keputusan..kini , dengan berkat kesabaran dan berfikiran positif membuatkan kita mampu bangkit semula kerana diri kita yakin bahawa ALLAH itu ada dengan kita selalau.